189 rakyat Malaysia sambung penerbangan dari Turki

Wisma Putra, dalam satu kenyataan, menyatakan seramai 31 rakyat negara ini yang terkandas di Lapangan Terbang Ataturk dijangka berlepas pada Sabtu, manakala 158 terkandas di Lapangan Terbang Esenboga akan berlepas lewat Ahad dan Isnin.

Mengikut kenyataan itu, Pasukan Khas meliputi Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tourism Malaysia dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang dibantu Konsul Kehormat Malaysia di Istanbul, ditempatkan di semua lapangan terbang utama bagi membantu rakyat Malaysia yang transit, terkandas dan meneruskan penerbangan ke destinasi seterusnya.

Kementerian Luar turut mengesahkan operasi di semua lapangan terbang utama di negara itu pulih sepenuhnya.

Pada pagi Sabtu, seramai 32 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Ataturk, selamat tiba ke tanah air.

Mereka adalah antara rakyat pelbagai negara yang terkandas di Lapangan Terbang Ataturk susulan cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera Turki, pada Jumaat. Berita Harian Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia