Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya angin bertiup dari Kalimantan, berkemungkinan kawasan berdekatan seperti Kuching hingga ke Tanjung Dato dan Samarahan berisiko mengalami jerebu.
“Selain itu, sebanyak 15 titik panas dikesan di negeri ini, namun tidak mengetahui sama ada ia pembakaran yang dibenarkan pihak berkuasa negeri ataupun tidak,” katanya memetik laporan Kosmo Online.