17 pengganas Sulu dipenjara

Hakim Stephen Chung menjatuhkan hukuman itu ke atas semua tertuduh yang digelar pengganas Sulu selepas mereka didapati bersalah mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua tertuduh ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.

Datu Amir, Salib, Tani, Julham dan Al Wazir turut dijatuhi hukuman penjara 18 tahun di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas manakala Atik, Basad, Ismail dan Virgilio dipenjara 13 tahun di bawah seksyen yang sama.

Stephen kemudian mengarahkan ke­dua-dua hukuman ke atas semua tertuduh berkenaan berjalan serentak. Datu Amir merupakan anak lelaki kepada Sultan Sulu iaitu Esmail Kiram. Esmail dikatakan sudah meninggal dunia tahun lalu.- Kosmo! Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia