Pegawai penyiasat Balai polis Wiengpapao Kapten Khajornsak Pongtit berkata lima lagi pelajar perempuan mengalami kecederaan serius dalam kebakaran di asrama Sekolah Pitakkiatwittaya yang berlaku pada 11 malam (tengah malam di Malaysia).
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Pihak pentadbiran sekolah mengumumkan penutupan sekolah itu dari Isnin hingga Jumaat berikutan kejadian itu yang turut memusnahkan beberapa peralatan lain.
Media tempatan melaporkan sekolah swasta itu yang menyediakan kemudahan asrama untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 13 tahun, dimiliki oleh yayasan tempatan.
Sekolah itu turut menempatkan kanak-kanak miskin dari kawasan pedalaman dan menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar yang memerlukan. – Bernama