Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dann Hal Ehwal Pengguna negeri Elizabeth Wong berkata, dari Januari hingga Februari tahun ini, tujuh kes pencemaran dikesan berlaku di Hulu Langat termasuk dua berpunca daripada pencemaran bau yang datang dari muka sauk Sungai Semantan, Pahang.
“Empat lagi kes berpunca daripada kenaikan ammonia disebabkan pelepasan dari sistem kumbahan Lembangan Langat dan satu kes berpunca daripada kenaikan mangan,” katanya menjawab soalan Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) berkaitan gangguan air akibat pencemaran sungai.
Elizabeth berkata, bagi September hingga Oktober tahun ini, lapan kes pencemaran dikesan berlaku di Hulu Langat termasuk empat berpunca dari satu tapak premis haram di Kampung Sungai Lalang, Semenyih.
Katanya, kes pencemaran terbaru dikesan berlaku di daerah Sepang berikutan tumpahan minyak sawit daripada lori pada bulan ini. – Bernama