Bagaimanapun setakat ini punca keracunan makanan berkenaan masih belum dapat disahkan memandangkan ada di antara murid yang dikatakan mula mengalami simptom sejak malam, kelmarin dan kesemua murid yang teribat terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Bentong selepas mengalami keracunan makanan.
Mereka yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lapan perempuan itu dikatakan mengalami simptom cirit birit dan muntah sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan serta semasa peperiksaan sedang dijalankan.
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Misnan Mohd. Damin berkata, kesemua murid berkenaan pada mulanya dibawa ke klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, buat masa sekarang, kesemua pelajar berkenaan berada dalam keadaan baik dan selesai mengambil peperiksaan kertas UPSR Sains pada kira-kira pukul 12 tengahari.
“Kesemua murid terlibat tiada masalah serius dan terdapat ibu bapa yang datang melihat keadaan anak-anak mereka.
“Murid-murid yang terlibat telah pun mengambil peperiksaan di wad dengan pemantauan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Sektor Penilai dan Peperiksaan negeri, Mohd. Razali Mustafa,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.
Tambahnya, pada masa ini siasatan masih dilakukan pihak terbabit bagi mengenal pasti punca kejadian melibatkan murid-murid yang tinggal di asrama itu.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan penyebab sebenar kejadian keracunan makanan tersebut termasuk menjalankan ujian ke atas sampel klinial, persekitaran, makanan dan air
“Pada masa ini siasatan masih dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan semua pelajar terbabit berada dalam keadaan stabil dan tidak serius,”katanya.