14 remaja bawah umur ditahan positif dadah di pusat hiburan

Timbalan Komander Sting Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed berkata dari jumlah itu, seramai lapan remaja berusia 16 sehingga 18 tahun manakala enam lagi berusia di bawah 16 tahun ditahan dalam Operasi Pusat Hiburan yang dilakukan bermula pukul 2.15 pagi sehingga 7.00 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh lelaki dan tiga wanita warga asing daripada 29 wanita dan 58 lelaki yang ditahan atas kesalahan yang sama.

“Polis telah melakukan pemeriksaan ke atas 158 orang yang berada di premis berkenaan dan saringan awal yang dijalankan ke atas 150 orang mendapati 87 daripada mereka positif dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Arjunaidi berkata pihaknya turut merampas beberapa jenis dadah termasuk 48 biji Eramine 5, 60 biji Ecstacy dan dua gram Ketamin.

Kes didiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) akta yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitter beliau mengucapkan syabas atas kejayaan pasukan STING terbabit.

“Syabas STING @PDRMsia, pagi tadi, serbu pusat hiburan di Jln Pudu, KL. Tkap 87 org +tive dadah dan rampas dadah #GoPDRMGo,” katanya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap