14 kematian direkod sepanjang Op Selamat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kematian di rekodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baru Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dalam kenyataan memaklumkan sepanjang tempoh itu juga sebanyak 1,203 kemalangan dicatatkan melibatkan 1,480 kenderaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata Op Selamat bagi edisi kali ini mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Dua objektif utama operasi itu ialah meminimumkan kemalangan jalan raya dan memastikan kelancaran trafik serta mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia