137 penduduk Pos Kemar postif malaria

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 136 kes membabitkan positif malaria spesies Plasmodium vivax (P. Vivax) dan satu kes Plasmodium falciparum.

Beliau berkata, setakat Rabu lalu juga sebanyak 724 atau semua rumah di kawasan itu sudah disembur racun pembunuh nyamuk dan penduduk dibekalkan kelambu berubat.

“Aktiviti kawalan turut diperkukuhkan melalui larvaciding bagi mencegah pembiakan nyamuk Anopheles (nyamuk tiruk) di Pos Kemar.

“Selain itu, penduduk juga dinasihat untuk mengambil langkah pencegahan gigitan nyamuk apabila berada di luar rumah, seperti memakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang, menyapu ubat repelen nyamuk dan menggunakan kelambu berubat jika bermalam di luar rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, Pos Kemar adalah kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bebas malaria (kawasan hijau) memandangkan tiada kes malaria dilaporkan di kawasan ini sejak lebih daripada tiga tahun lalu.

“Bagi mengekang penularan jangkitan ini, aktiviti pemeriksaan darah beramai-ramai dilakukan bagi mengesan kes lain.

“Sehubungan itu, semua penduduk sudah menjalani pemeriksaan dan diambil sampel darah mereka untuk pemeriksaan mikroskopi bagi mengesan jangkitan malaria, sama ada mereka mempunyai gejala jangkitan ataupun tidak,” katanya. –BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia