12 banduan dihukum mati dalam tempoh 6 tahun, kata KDN

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia, hukuman mati telah dilaksanakan terhadap 12 banduan.

“Manakala 95 banduan pula telah diberikan pengampunan, atau lega hukum (peringanan hukuman) setelah mereka mengemukakan petisyen (rayuan) kepada Yang DiPertuan Agong, Raja, atau Yang DiPertuan Negeri,” kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada ahli Parlimen Puchong, Gobin Singh Deo yang meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan bilangan banduan yang dihukum gantung sampai mati sejak 2010.

Gobind juga bertanyakan jenis kesalahan yang dilakukan mereka dan bilangan banduan yang telahpun dilaksanakan hukuman mati dan mereka yang berjaya mendapatkan pengampunan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia