119 mangsa banjir di Perak dipindah

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Perak meningkat kepada 192 orang membabitkan 41 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, dua pusat pemindahan yang dibuka itu adalah di Dewan Kampung Setor, Padang Rengas, Kuala Kangsar bermula jam 9 malam serta di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Tiga, Parit, jam 8 malam.

Katanya, antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat di Padang Rengas adalah Kampung Setor, Kampung Changkat Gohor, Kampung Lembah, Kampung Paya Panjang dan Kampung Gapis.

“Setakat jam 11 malam tadi, seramai 24 penduduk membabitkan tiga keluarga sudah dipindahkan dan dijangka masih ada penambahan mangsa di Dewan Kampung Setor.

“Keadaan juga masih hujan dan air naik setinggi kira-kira 0.3 meter,” katanya.

Beliau berkata, di Parit pula kawasan yang terjejas ialah Kampung Simpang Tiga dan Kampung Serapoh membabitkan 95 orang daripada 21 keluarga.

“Pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Tiga bermula jam 8 malam dan setakat 11.45 malam tadi seramai 95 penduduk termasuk 14 bayi serta 27 kanak-kanak sudah dipindahkan.

“Pendaftaran mangsa masih dikemaskini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua agensi yang terbabit sedang memantau keadaan,” katanya.

Selain dua kawasan baharu yang terjejas ini, satu kawasan yang masih dilanda banjir sejak 2 Disember lalu adalah di Kampung Padang Serai, Pantai Remis, Manjung dengan 73 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan di pusat pemindahan Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai. – BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia