Gajah-gajah berkenaan dan kira-kira 200 pengendali berarak ke Istana Besar sebelum haiwan tersebut menunduk hormat selama seminit sebagai tanda penghormatan kepada kemangkatan Bhumibol yang telah memerintah selama 70 tahun.
“Ini adalah acara terbesar dalam hidup saya,” kata pemilik Istana Gajah Ayutthaya, Laithongrien Meephan, yang mengetuai perarakan itu.
Kerajaan junta Thailand telah mengisytiharkan hari berkabung rasmi selama setahun berikutan kemangkatan Bhumibol. – Reuters