11 ditahan merusuh di Parlimen

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita berumur antara 28 dan 54 tahun.

Beliau berkata kesemua tangkapan dibuat pada pukul 10.15 pagi tadi termasuk seorang wanita yang menyerah diri.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai bukti atau maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menerusi talian 03-40482222,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

https://www.youtube.com/watch?v=G-_GxwE76uU

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron