10 terselamat selepas bot karam di perairan Tawau

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Mustafa Maaruf Mustafa berkata, kesemua mangsa yang terdiri enam wanita dan empat lelaki itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di sekitar lokasi kejadian.

“Semasa kejadian itu kami menerima laporan mengenai satu bot jongkong yang dalam perjalanan dari Sungai Melayu menuju ke pelabuhan Tawau, karam.

“Namun pada 7.45 pagi tadi kami telah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa bot karam itu berjaya diselamatkan dan telah di bawa ke Kampung Sungai Melayu,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia