Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam satu kenyataan memberitahu, empat buah rumah di Taman Sri Lalong dan tiga rumah di Kampung Baru Pasak terjejas terutama bahagian bumbung.
“Turut terjejas dua rumah di Kampung Felda Pasak, sebuah rumah di Taman Kota Indah dan sebuah sekolah masing-masing di Kampung Sungai Telur dan Felda Sungai Sayong.
“Antara kerosakan dialami seperti bumbung tercabut dan siling pecah. Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku, “ demikian menurut kenyataan itu dengan memetik laporan Utusan Online.