10 hektar hutan gambut terbakar di Nenasi

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi, PBK I Mohd Fadzirllah Zainal Abidin berkata antara punca kebakaran itu berkemungkinan akibat aktiviti pembakaran terbuka tanpa kawalan di samping sikap manusia yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

“Pihak kita menerima laporan mengenai kebakaran ini daripada pekerja ladang kelapa sawit berdekatan kawasan hutan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Ditanya sama ada cuaca panas melampau yang menyebabkan kebakaran itu, beliau berkata berdasarkan penilaiannya kurang 10 peratus kebakaran berkenaan berpunca daripada fenomena El-Nino.

“Berikutan api marak dengan kuat menyebabkan kebakaran merebak sedikit ke kawasan ladang kelapa sawit berdekatan namun ia tidak terjejas teruk,” katanya.

Mohd Fadzirllah berkata sehingga semalam seluas enam hektar kawasan kebakaran sudah berjaya dipadamkan tanpa pembakaran baharu dilapor. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia