1.5j jemaah dijangka mengerjakan haji tahun ini

Menurut laporan BH Online, jawatankuasa itu yang dipengerusikan Emir Makkah, Putera Khaled Al-Faisal bertemu hari ini bagi mendengar pelbagai laporan mengenai seliaan dan aturan yang dibuat untuk menerima tetamu Allah.

Mesyuarat itu dihadiri wakil-wakil beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terbabit dalam perkhidmatan Haji, membincangkan pelbagai isu membabitkan pelan haji di perbandaran Makkah.

Ia antara lain memberi tumpuan kepada kebersihan bandar dan kawasan suci, menyelia pasar, menganjurkan gerai dan kiosk serta menyelenggara kemudahan awam termasuk terowong, jambatan, tandas, taman-taman awam dan lain-lain.

Wakil perbandaran itu berkata, lebih daripada 23,000 pekerja akan melakukan pembersihan di sekitar Makkah dan tempat suci lain.

Kumpulan pertama jemaah haji tahun ini tiba pada Khamis lalu di Jeddah dan Madinah dari benua kecil India.

Penerbangan pertama adalah dari New Delhi yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah.

Ia diikuti penerbangan dari Pakistan manakala penerbangan pertama yang mendarat di Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz Jeddah (KAIA) adalah dari Dhaka, Bangladesh.

Sejumlah 143,370 jemaah dari Pakistan dan 136,020 dari India akan menunaikan haji tahun ini. Kumpulan pertama jemaah haji dari negara-negara Afrika bukan Arab, Afrika Selatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Sabtu.

Sebanyak 1,000 jemaah Palestin akan menunaikan haji tahun ini. Lebih daripada 7,000 kakitangan yang mewakili 27 agensi kerajaan dan swasta, terbabit dalam melaksanakan pelan operasi Haji sepanjang 75 hari musim haji.

Menurut rancangan itu, semua ruang istirahat terminal haji akan ditukar menjadi ruang istirahat ketibaan bermula 4 Ogos hingga 5 September dan ruang berlepas dari 17 September hingga 16 Oktober.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia