1,400 anggota polis bertugas JDT tentang PKNS FC

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, selain anggota polis kawalan keselamatan turut dibantu oleh 150 orang anggota keselamatan swasta yang disediakan pihak penganjur dan 140 anggota daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk ditingkatkan seperti pemeriksaan fizikal dan juga kita menempatkan anggota unit kawalan anjing (K9) bagi mengelak barangan bahaya masuk ke dalam stadium.

“Segenap aspek akan diteliti bagi memastikan keselamatan sepanjang perlawanan tersebut terjamin dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pada Khamis.

Beliau berkata, pintu masuk akan dibuka pada 4 petang dan penyokong dinasihatkan supaya datang lebih awal ke stadium bagi mengelak kesesakan.

Manakala peniaga boleh memasuki stadium pada 12 tengah hari.

Shafien berkata, kedudukan penyokong kedua-dua pasukan akan diasingkan iaitu JDT akan menggunakan pintu C, A dan D di pintu masuk utama manakala PKNS FC akan menggunakan pintu A.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2