Seminar itu diadakan khusus untuk para guru sekolah Tamil yang berkepakaran komputer dalam bahasa Tamil.
SEDIC merupakan agensi di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan segala kos seminar tersebut, kata Timbalan Pengarah pendidikan Selangor, Raman Annamalai.
“Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan para murid mereka bersiap sedia dengan pengetahuan teknologi maklumat dan teknik pengajaran dan pembelajaran menerusi IT menjelang wawasan 2020 dalam kurun ke-21 ini.
“Latihan seumpama itu akan membantu para guru untuk dilengkapi dengan kemahiran IT dalam pembelajaran dan pengajaran mereka kepada murid ke arah kecemerlangan,” katanya.
Tambah beliau, hanya guru yang berkelas dunia dan berkualiti boleh membentuk murid yang berwawasan dan berjaya. – Tamil Nesan